Lelaki ditahan guna akaun bank keluarga tanpa kebenaran

TUARAN – Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan kerana terlibat dalam transaksi kewangan tanpa kebenaran yang melibatkan ahli keluarga terdekatnya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintenden Noraidin Ag Madin berkata, tangkapan dibuat menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) pada 16 Mei kira-kira pukul 6.30 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek telah memindahkan wang berjumlah RM10,000 daripada akaun bank milik birasnya ke akaun milik ibunya tanpa pengetahuan atau kebenaran kedua-dua pihak dalam kejadian yang berlaku pada 20 November 2024.

“Suspek kemudian mengeluarkan wang tersebut menggunakan kad bank milik ibunya yang disimpan olehnya tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Tambahnya, suspek telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu di bawah Seksyen 424C(2) Kanun Keseksaan kerana secara tidak langsung tanpa kuasa yang sah menggunakan instrumen pembayaran.

“Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara selama tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM150,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan akaun dan instrumen pembayaran kewangan sama ada melibatkan pihak luar mahupun ahli keluarga sendiri.

“Kesalahan seperti ini bukan sahaja melanggar undang-undang malah turut menggugat kepercayaan terhadap institusi kekeluargaan dan kewangan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menyimpan kad bank dan maklumat perbankan dengan selamat serta tidak membenarkan mana-mana pihak mengakses akaun bank secara tidak sah walaupun melibatkan ahli keluarga atau teman rapat,” tegasnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera membuat laporan kepada pihak polis sekiranya berlaku sebarang transaksi yang mencurigakan atau tidak dibenarkan.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014