Aduan Facebook bawa PPM Karamunting tinjau lokasi sampah terbiar

SANDAKAN –  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh menerima satu aduan melalui Facebook Messenger berkenaan keadaan persekitaran yang tidak terurus di kawasan belakang Kedai Kopi Lucky, di sini pada Selasa.

Bertindak atas maklumat tersebut, Chew segera turun padang untuk membuat tinjauan ke lokasi yang dimaksudkan.

“Hasil tinjauan mendapati kawasan sekitar rumah sampah bangunan tersebut tidak diselenggara dengan baik.

“Antara isu yang dikenal pasti termasuklah longgokan sampah seperti botol plastik, perabot terbuang seperti sofa dan kerusi, selain ‘refuse chute’ bangunan yang tidak dibersihkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, terdapat tumbuhan liar yang tidak dikawal, pintu besi penutup sampah yang berkarat dan pecah serta penutup parit konkrit yang turut mengalami kerosakan.

Sehubungan itu, Chew mengambil tindakan segera dengan membuat laporan rasmi melalui WhatsApp Aduan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan turut menghantar surat aduan bertulis kepada Presiden MPS bagi memohon tindakan segera daripada pihak berwajib.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014