129 pelajar lepasan Maahad Tahfiz Ulul Albab kini meneroka pengajian bidang aeroangkasa

LANGKAWI – Kerajaan akan berusaha meningkatkan jumlah lepasan tahfiz yang menyambung pengajian dalam bidang aeroangkasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rata-rata pelajar lepasan tahfiz dapat mengikuti pengajian dalam bidang itu dengan baik.

Katanya, Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UNIKL MIAT) kini mempunyai 1,962 pelajar dengan 129 pelajar dalam bidang aeroangkasa merupakan lepasan Maahad Tahfiz Ulul Albab.

“Saya bersyukur kerana pelajar-pelajar daripada tahfiz ini diterima dengan baik, bukan sahaja oleh UNIKL MIAT, tetapi juga pemain-pemain industri.

“Ini kerana mereka (lepasan tahfiz) dapat menangkap silibus yang diperkenalkan kepada mereka dan daripada segi praktikal mereka cepat untuk menyesuaikan diri. Insya-Allah kita akan ramaikan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyaksikan sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain-pemain industri bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Ia antaranya membabitkan Aerostar Technologies (M) Sdn. Bhd., Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd., Global Turbine Asia Sdn. Bhd., Malaysia Airports Holding Berhad dan Pen Aviation Sdn. Bhd.

Ahmad Zahid berkata, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dijadikan sebagai sekolah pengalir untuk pelajar memasuki UNIKL khususnya dalam bidang aeroangkasa.

Katanya, terdapat 57 MRSM dan kesemuanya sudah dijadikan Ulul Albab dengan 70 peratus daripada pelajar mengambil silibus Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

“Negara memerlukan 60,000 jurutera sekarang, tetapi kita hanya boleh keluarkan kira-kira 6,000 sahaja setahun, jadi kita mesti percepatkan ekosistem baharu untuk mengejar matlamat itu,” tambahnya.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014