Pelabur di Johor setuju tawar gaji premium pada pekerja tempatan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan terhadap agenda menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji premium bagi memastikan penduduk Johor dan sekitarnya menerima manfaat hasil daripada kewujudan projek Zon Ekonomi Khas Johor Selatan (JS-SEZ).

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagaimanapun pelabur menetapkan dua syarat utama iaitu produktiviti tenaga kerja dan kemahiran teknikal yang seiring dan sesuai dengan kadar gaji ditawarkan.

Justeru, bagi memenuhi keperluan ini, Kerajaan Johor menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) kini giat menjalinkan kerjasama dengan pihak universiti, institusi kemahiran dan pusat kecemerlangan teknikal dan latihan vokasional (TVET) untuk melatih bakat tempatan agar selari dengan kehendak dan keperluan pasaran industri masa kini.

“Di peringkat Persekutuan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mereka menetapkan syarat dan mengekalkan komposisi tenaga kerja dalam sektor pembuatan iaitu 80 peratus pekerja tempatan dan 20 peratus pekerja asing.

“Manakala di peringkat negeri pula, melalui IMSC-J dan JTDC antara perkara utama yang dibincangkan adalah kita menggalakkan keperluan menetapkan gaji minimum untuk pemegang diploma sekitar RM3,500 ke atas. Dan bagi pemegang ijazah pula mesti memperolehi gaji RM4,000 ke atas.

“Syukur Alhamdulillah saya ingin maklumkan bahawa majoriti pelabur yang memilih untuk melabur di Johor menyatakan persetujuan terhadap hasrat ini,” katanya ketika menjawab soalan pada Mesyuarat pertama, penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke 15 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Onn Hafiz (BN- Machap) menjawab soalan lisan ADUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan (BN) yang bertanya apakah kerajaan negeri Johor telah menetapkan syarat kepada pelabur luar yang pengambilan pekerja tempatan dan juga penetapan tangga gaji yang setara atau hampir setara dengan Singapura, untuk manfaat kepada rakyat?

Dalam pada itu, Onn Hafiz menafikan JS-SEZ bukan penyebab berlaku peningkatan kos sara hidup di Johor, sebaliknya ia merupakan senario global dan nasional.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kewangan negara dijangka kembali kukuh semula dalam tempoh 2 tahun

BANGI – Kedudukan kewangan negara dijangka akan kembali kukuh dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi beberapa langkah demi  mengurangkan defisit secara berperingkat. Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014