GRS bukan sekadar pakatan, tapi keluarga politik demi masa depan Sabah – Rina

TAWAU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilihat sebagai satu entiti politik yang bersatu, matang dan berpandangan jauh, bukan sekadar pakatan pilihan raya, tetapi sebuah keluarga besar yang bergerak seiring demi masa depan Sabah.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal yang menyeru agar semua pemimpin GRS menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengangkat nama gabungan ini ke tahap yang lebih tinggi. 

“Rakyat sedang memerhati. Mereka mahukan kerajaan yang stabil, kukuh dan mampu membawa pembangunan mampan ke seluruh pelosok negeri. 

“Menjadi tanggungjawab kita semua untuk menunjukkan bahawa kita bukan hanya gabungan politik, tetapi juga sebuah pasukan yang ikhlas berjuang demi kesejahteraan rakyat Sabah.

“Yang penting bukan siapa menang lebih kerusi atau siapa lebih berpengaruh, tetapi bagaimana kita sebagai pemimpin dapat memastikan rakyat Sabah mendapat manfaat daripada sebuah kerajaan yang bersatu dan efisien,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Rina yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah menyeru agar pemimpin dalam GRS untuk meletakkan kepentingan gabungan mengatasi kepentingan individu mahupun parti masing-masing.

Katanya, fokus utama adalah mengukuhkan parti selain memupuk kepercayaan rakyat dan mengekalkan semangat setiakawan dalam gabungan. 

“Perpecahan dalaman hanya akan melemahkan semangat jentera, mengelirukan rakyat dan membuka ruang kepada pihak lawan.

“Inilah masanya untuk kita membuktikan kematangan politik, letakkan ego dan perbezaan ke tepi.

“Satukan hati, selaraskan gerak kerja, dan bina keyakinan bersama. 

“Hanya dengan kebersamaan yang jitu, kita mampu memastikan kemenangan besar GRS dalam PRN nanti demi Sabah yang lebih makmur dan sejahtera,” tambahnya.

Related Posts

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai