Bantuan KPWKM bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah

TUARAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menyalurkan bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat Sabah.

Menurutnya, usaha ini mencerminkan perhatian serius Kerajaan Persekutuan terhadap kesejahteraan rakyat Sabah dan kesediaan untuk terus memperkukuh jaringan sosial demi rakyat.

“Antara bantuan diberi, sebanyak RM300,000 Bantuan Bencana Banjir Sabah 2025 oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN). 

“RM2.1 juta diperuntukkan bagi keperluan 384 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semasa musibah banjir di seluruh negeri.  

“Selain itu, sebanyak RM330 juta Program Bantuan Kewangan Persekutuan Tahun 2025 untuk Sabah, iaitu RM315 juta diagihkan kepada 45,572 penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Kembara Kasih KPWKM 2025 dan Majlis Perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak, di Padang Astaka Tuaran pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai PSSS bergerak, Hajiji menyifatkan inisiatif itu sebagai respons tepat terhadap krisis kesihatan mental yang semakin membimbangkan di seluruh negara, terutama pasca pandemik COVID-19.

“Merujuk laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lebih lima juta rakyat di negara ini mengalami kemurungan, kebimbangan dan tekanan, termasuk peningkatan dalam kes bunuh diri.

“PSSS mobile ini diharap mampu menjangkau masyarakat luar bandar dan memberi sokongan psikososial yang amat diperlukan.

“Termasuk untuk mereka yang terkesan dengan perceraian, penderaan, pengangguran dan beban kewangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat khususnya yang berhampiran di laluan Kembara Kasih KPWKM 2025, agar hadir dan manfaatkan sepenuhnya perkhidmatan yang ditawarkan.

“Program tersebut melibatkan dua zon utama di Sabah iaitu Tuaran, Papar dan Penampang (Zon 1) serta Lahad Datu, Kunak dan Tawau (Zon 2). 

“Ia turut menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan yang turun padang menyampaikan perkhidmatan kebajikan secara menyeluruh kepada rakyat,” katanya.

Hajiji turut menegaskan bahawa kesejahteraan rakyat kekal menjadi agenda utama pentadbiran negeri.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM162.42 juta pada tahun ini kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah serta agensi di bawahnya bagi melaksanakan pelbagai program sosial yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Kerajaan menyalurkan sebanyak RM76.29 juta tahun ini bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal, kanak-kanak serta anak yatim melalui pelbagai skim bantuan yang disasarkan secara khusus.

“Manakala sejumlah RM956,000 turut diperuntukkan untuk program-program kesejahteraan rakyat yang meliputi aspek kekeluargaan, kepenggunaan, pembangunan wanita dan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX