Agong santuni 500 bakal jemaah haji Johor

SERAMAI 500 bakal jemaah haji rombongan kerajaan Johor yang akan berlepas ke Tanah Suci malam ini disantuni oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda dengan diwakili oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Datuk Avinderjit Singh berkenan menyumbangkan 500 pek makanan kepada rombongan berkenaan.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengucapkan selamat jalan kepada semua jemaah terlibat selain menitipkan doa buat mereka.

“Mendoakan semua jemaah haji dikurniakan kesihatan yang baik, dilancarkan urusan ibadah serta dipermudahkan sepanjang perjalanan.

“Rombongan pertama jemaah haji Kerajaan Johor akan berangkat ke Tanah Suci malam ini (14 Mei) dan seterusnya pada Khamis dan sabtu,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, sumbangan disampaikan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Nasri Md Ali di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, hari ini, dengan turut dihadiriKetua Pegawai Eksekutif YSlJ, Mohd Anizam Jamian.

Dalam hantaran sama, Avinderjit berkata, menerusi pemberian pek makanan kepada jemaah, ia sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan mereka semasa menunaikan ibadah haji.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

ANGGOTA Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam