MH17: Kementerian Pengangkutan akan keluar kenyataan dalam masa terdekat – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kenyataan terbaharu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh.

Beliau yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kenyataan itu akan dikoordinasikan bersama Wisma Putra.

“Jemaah menteri sudah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak ICAO yang mana ia adalah berkenaan dengan penembakan pesawat MH17 pada Julai 2014.

“Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) memaklumkan satu kenyataan media akan diterbitkan oleh MOT sebagai maklum balas kepada kenyataan daripada ICAO dan kita boleh jangkakan dalam masa terdekat, ada sedikit koordinasi dengan Wisma Putra,” katanya sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menjangkakan kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan dalam tempoh satu hingga dua hari.

Baru-baru ini, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan terhadap pesawat Malaysia Airlines MH17 yang berlaku pada tahun 2014.

Tragedi itu meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda serta 38 rakyat dan penduduk Australia.

Keputusan ICAO itu diumumkan melalui kenyataan berasingan oleh kerajaan Belanda dan Australia pada Isnin, yang menganggapnya sebagai langkah penting ke arah menuntut keadilan dan pertanggungjawaban bagi para mangsa serta keluarga mereka.

Terdahulu, pada November 2022, mahkamah di Belanda menjatuhkan hukuman bersalah terhadap dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine atas kesalahan membunuh, walaupun kesemua tertuduh tidak hadir semasa perbicaraan.

Rusia bagaimanapun menolak keputusan tersebut, menyifatkannya sebagai “memalukan”, dan enggan mengekstradisi warganya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

SEBELUM ini bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi sasaran tuduhan kononnya kerajaan Pakatan Harapan mahu menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH) dan menggadaikan kepentingan umat Islam. Namun beberapa tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas