Remaja 15 tahun didakwa sebabkan lima kematian di Jalan Stutong Baru

KUCHING – Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun bakal didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 14 Mei 2025 atas kesalahan menyebabkan kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa dalam kejadian di Jalan Stutong Baru, Kuching awal tahun ini.

Dalam insiden yang berlaku pada 14 Januari lalu sekitar jam 1.10 tengah hari itu, tiga buah kereta dan dua buah motosikal terlibat dalam kemalangan terbabit. 

Empat mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak pada hari yang sama.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Hasil siasatan remaja berkenaan akan berdepan dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 41(1) kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan dan Seksyen 39(1) akta sama kerana memandu ketika belum mencapai usia 16 tahun.

Sementara itu, bapa kepada remaja terbabit yang berusia lingkungan 35 tahun turut akan didakwa di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga, selepas didapati gagal membuat persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan anaknya sehingga membenarkan pemanduan tersebut berlaku.

Kes tersebut dijangka menarik perhatian umum susulan jumlah korban yang tinggi dan isu pemantauan ibu bapa terhadap anak bawah umur.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka