KPDN Kedah serbu bengkel jentera berat jadi tempat simpan diesel tanpa lesen

ALOR SETAR – Sebuah bengkel jentera berat yang juga stor besi buruk di Mergong, di sini diserbu kerana disyaki menyimpan 2,500 liter diesel tanpa lesen pada Isnin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan Ops Tiris kira-kira pukul 8.30 pagi itu dilakukan hasil maklumat risikan yang dilakukan.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an berada di premis tersebut dan mengaku sebagai pemilik tempat kejadian.

“Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah diesel yang disimpan di dalam premis tanpa lesen atau permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pasukan serbuan seterusnya bertindak menyita kesemua diesel di dalam 13 tong drum berkapasiti 200 liter setiap unit yang dianggarkan bernilai RM7,200.

“Kita turut menyita peralatan untuk memindahkan barang kawalan tersebut dengan jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM7,790,” ujarnya.

Tambahnya, warga emas itu dilepaskan selepas selesai diambil rakaman percakapan dengan kes disiasat di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK