KPDN Pahang sita diesel subsidi nilai hampir setengah juta

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya merampas 200,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM480,000 yang cuba diseludup melalui sebuah kapal dalam satu serbuan di sebuah jeti di Kuala Pahang, dekat Pekan, dua hari lalu.

Dalam serbuan itu pihak KPDN turut merampas kapal bernilai RM85,000 yang digunakan bagi membawa diesel bersubsidi berkenaan.

Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata, dalam serbuan atas atas maklumat risikan diterima daripada pihak polis menemukan sebuah kapal yang sedang berlabuh dalam keadaan mencurigakan di jeti berkenaan.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati kapten kapal yang merupakan seorang warga asing telah memaklumkan bahawa kapal tersebut terpaksa berlabuh kerana mengalami kerosakan.

“Beliau turut memaklumkan bahawa minyak diesel yang dibawa digunakan bagi tujuan pembaikan kapal dan untuk diagihkan kepada 30 buah kapal lain milik syarikat yang berpangkalan di Miri, Sarawak,”katanya.

Tambahnya, kapten kapal berkenaan juga telah mengisytiharkan sejumlah 200,000 liter minyak diesel berada dalam simpanan kapal semasa pemeriksaan diadakan.

Katanya, namun begitu, kapten kapal berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen sah daripada pengawal bekalan berkaitan pemilikan atau urus niaga minyak diesel yang dibawa.

“Pemeriksaan fizikal seterusnya telah menjumpai cecair berwarna kuning yang disyaki minyak diesel bersubsidi dalam lapan kompartmen tangki kapal.

“Berikutan kegagalan mengemukakan dokumen sah dan penemuan bahan kawalan berjadual tanpa lesen yang sah, satu tindakan kes telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Jelasnya, tindakan sitaan dibuat ke atas minyak diesel disyaki sebanyak 200,000 liter dengan nilai anggaran sebanyak RM480,000 dan sebuah kapal dianggarkan bernilai RM85,000 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM565,000.

Beliau memberitahu, pihaknya turut menahan kapten kapal serta seorang individu bagi siasatan lanjut.

Sementara itu beliau mengingatkan kepada semua pihak bahawa pemilikan dan pengedaran barang kawalan seperti minyak diesel tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan serius di bawah undang-undang negara.

Justeru katanya, tindakan tegas akan terus diambil bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan di perairan negara.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana