Pemilihan PKR: Tunjukkan bukti dakwaan tidak telus – Amirudin

“JANGAN membuat dakwaan berdasarkan sentimen atau andaian semata-mata,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Sebaliknya, Naib Presiden PKR itu menasihatkan kepada ahli parti yang tidak berpuas hati berkaitan ketelusan proses pemilihan parti itu menunjukkan bukti sahih dalam setiap dakwaan mereka.

Tegasnya, proses pemilihan barisan kepimpinan sesi 2025–2028 dilaksanakan secara telus oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk menjalankan pengundian semula di beberapa cabang.

“Beberapa proses audit yang menyeluruh telah dibentangkan. Saya percaya kita telah cuba menjamin sebaik mungkin proses itu dilakukan dengan adil.

“Malah JPP juga telah melakukan proses pengundian semula pun di beberapa cabang tetapi tetap ada dakwaan oleh mereka yang kecewa dan tidak berpuas hati.

“Dakwaan ini harus digalaskan atau disandarkan dengan bukti. Bukan dengan permainan sentimen atau hujahan-hujahan yang tidak jelas,” katanya kepada media.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej A dan C di Kuala Selangor, hari ini.

Pemilihan kepimpinan PKR akan berlangsung pada 23 Mei ini menerusi pengundian fizikal di Berjaya Waterfront Hotel dan Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru.

Sementara itu, Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita dijadualkan dari 22 hingga 24 Mei di lokasi sama.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun