Nahas trak FRU: Pemandu lori muatan batu kerikil ditahan polis, punya 6 rekod jenayah lampau

TELUK INTAN – Pemandu lori muatan batu kerikil yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di kilometer (KM) 15,Jalan Sungai Manik, di sini, pagi Selasa, dipercayai mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan lalu lintas dan narkotik.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemandu berusia 45 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, ujian saringan telah dijalankan dan didapati pemandu lori itu negatif dadah, bagaimanapun siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian masih dijalankan.

“Kita telah bertindak menahan pemandu lori berkenaan dan ujian saringan didapati negatif dadah.

“Bagaimanapun dia mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk kesalahan lalu lintas serta narkotik.

“Pemandu lori yang punyai 20 tahun pengalaman itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan telah ditahan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, pada Selasa.

Terdahulu, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, beliau menyatakan, kegagalan fungsi stereng lori muatan batu itu menjadi punca nahas terbabit.

Ekoran itu, trak FRU dari Unit 5 yang membawa 18 anggota dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak itu dirempuh dari hadapan.

Mengulas lanjut, Noor Hisam berkata, identiti sembilan anggota FRU yang terkorban dalam nahas jalan raya itu telah dikenal pasti.

Kesemua mangsa merupakan anggota lelaki berusia antara 28 hingga 46 tahun, dan senarai nama telah dikeluarkan serta disahkan oleh Ibu Pejabat FRU.

Jelasnya, bedah siasat ke atas sembilan anggota yang terkorban dilakukan bermula jam 2.30 petang dan dijangka selesai pada 8 malam.

“Selepas semua selesai, jenazah akan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5,Sungai Senam, Ipoh bagi penghormatan terakhir.

“Sebaik selesai acara penghormatan terakhir, semua jenazah akan dibawa ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

Tambah Noor Hisam, sembilan anggota yang dilaporkan cedera masih menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan.

Dakwanya, setakat ini, maklumat yang diterima, dua daripada mereka berada di zon merah (zon kritikal) manakala tujuh lagi di zon kuning.

Jelasnya lagi, konvoi tersebut melibatkan empat lori, dua pacuan empat roda dan sebuah bas dan ketika kejadian, kenderaan yang terlibat dalam nahas berada di kedudukan kelima.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun