Tiga beranak redah lebih 100km demi bertemu PMX di Tawau

TAWAU – Demi hasrat untuk bertemu pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepasang suami isteri sanggup meredah perjalanan lebih 100 kilometer dari Semporna ke Tawau bersama anak perempuan mereka.

Mohd Syahjehan Abd Muin, 35, bersama isterinya, Syahrini Shazureen, 32, dan anak mereka Hannatul Humaira, 5, tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila berpeluang menyapa dan bersembang bersama Perdana Menteri.

“Kami sangat gembira kerana ini kali pertama beliau datang ke Tawau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PMX), dan memang hajat utama kami ke sini adalah untuk bertemu beliau.

“Saya sempat bersembang dan mengalu-alukan kedatangannya ke Semporna, Alhamdulillah PMX beri respons yang baik.

“Selain peminat tegar, saya juga meraikan beliau sebagai pemimpin negara,” katanya kepada The Malaysia Press semasa sesi tinjauan PMX ke reruai agensi sempena Program MADANI Rakyat Sabah 2025 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, pada Ahad.

Sementara itu, dua sahabat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau 2, Nur Ashikin Zakaria dan Nur Alia Natasha, masing-masing berusia 17 tahun, turut berkongsi keterujaan apabila berjaya menyahut cabaran guru Sejarah mereka untuk berkomunikasi dengan Perdana Menteri.

“Perasaan memang sangat gembira sebab seumur hidup belum pernah jumpa dengan Perdana Menteri.

“Kami sahut cabaran Cikgu Sejarah untuk tanya soalan kepada PMX: ‘Bila Malaysia akan haramkan penggunaan vape seperti Brunei, Singapura dan Thailand?’

“PM respon ringkas, katanya nanti beliau akan jawab di mana-mana tempat,” kata Ashikin.

Pada Ahad, PMX tiba di Tawau sekitar pukul 2.30 petang bagi merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) Sabah 2025 yang membawa tema ‘Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan’.

Program tiga hari yang bermula Jumaat itu dihadiri lebih 120,000 pengunjung.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka