Polis berkas suspek cuba samun kedai serbaneka

KOTA BHARU – Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka bertindak pantas menolak dan mengunci pintu bilik pekerja sejurus seorang lelaki bertopeng mengacukan pistol ke arahnya dalam kejadian samun di Jalan Hamzah dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang juga seorang lelaki berusia 24 tahun, ketika itu bertugas bersendirian di kedai berkenaan sebelum didatangi suspek kira-kira jam 6 pagi.

Menurut rakan sekerja mangsa, suspek memakai sarung tangan di sebelah tangan kanan itu mengetuk pintu bilik staf sebelum mangsa membukanya dan diacukan pistol.

“Mangsa sempat bertindak pantas, terus menutup pintu dan menguncinya dari dalam.

“Lepas itu, dia terus menelefon polis,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Menurut wanita itu lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kedai menunjukkan suspek kemudiannya masuk ke kawasan kaunter dan menyelongkar mesin juruwang tetapi gagal mendapatkan sebarang wang.

“Tiada pelanggan pada masa itu dan mesin juruwang pun kosong… memang dia tidak sempat ambil apa-apa,” tambahnya.

Suspek kemudian beredar dari kedai serbaneka itu selepas gagal memperoleh sebarang hasil.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan tangkapan dua lelaki berusia 20-an termasuk seorang orang kurang upaya kategori lembam di Kota Bharu, awal pagi tadi.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua suspek dipercayai melakukan samun di beberapa cawangan kedai serbaneka di sekitar bandar Kota Bharu dalam tempoh seminggu sebelum berjaya ditangkap kira-kira dua kilometer dari lokasi kedai di Jalan Hamzah.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran