Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuarat agung tahunan ke-80 badan induk itu hari ini.

Pada 25 Mac lalu, majoriti ahli majlis BAM dilaporkan mencapai kata sepakat untuk menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu dilantik presiden bagi penggal 2025-2029.

Ketika itu, pemangku Presiden BAM, V Subramaniam dilaporkan berkata, mereka mahu ‘bos yang terkenal’ sebagai tokoh korporat dan seorang menteri ‘dengan banyak pengalaman’.

Tengku Zafrul kemudian berkata, beliau mendapat peluang menerajui BAM dan diberikan lampu hijau oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tengku Zafrul hampir dilantik Presiden BAM apabila Tan Sri Norza Zakaria pada mulanya merancang berundur awal tahun lalu.

Kemudian, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh secara terbuka meminta Norza terus memegang jawatan itu sehingga tamat Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ogos.

BAM kemudian memutuskan untuk melantik Subramaniam sebagai pemangku presiden sehingga mesyuarat agung tahunan.

Related Posts

Atlet Para Sabah bawa semangat ‘Go For Gold’ di Para SUKMA 2026 Selangor

KOTA KINABALU – Semangat untuk membawa pulang pingat emas menjadi harapan utama kontinjen para Sabah pada temasya Para SUKMA kali ini, dengan atlet dan jurulatih bertekad memberikan aksi terbaik dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal menang tipis 0-1 atasi Villa hasil gol Saka

JUARA bertahan, Arsenal mencatat kemenangan kedua apabila gol babak kedua Bukayo Saka membantu mereka menewaskan Aston Villa 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Saka menjaringkan gol pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014