SRBJ bakal terapkan penggunaan AI

JOHOR BAHRU – Selaras dengan kepesatan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), empat buah Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) turut terkecuali menerima manfaat yang sama.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dalam menjayakan perkara itu, konsep ‘Smart Classrooms’ akan diaplikasikan di SRJB terlibat.

Menurut beliau, empat buah SRBJ berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Puteri 2, SMK Tasek Utara, Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Puteri 4 dan SK Tasek Utara.

Memetik ucapan beliau yang turut disiarkan secara langsung di Facebook rasminya, Onn Hafiz berkata, bagi menjayakan hal itu, lebih RM30 juta diperuntukkan kepada sekolah terbabit.

“Naik taraf ini akan dilakukan secara berperingkat membabitkan RM6.22 juta peruntukan daripada Kerajaan Negeri, manakala RM24 juta pula adalah tajaan syarikat swasta.

“Selain penguasaan penggunaan AI, naik taraf ini turut meliputi perpustakaan, bilik guru, kantin dan ruang eksplorasi pembelajaran yang lebih baik untuk keselesaan pelajar dan guru di SRBJ.

“Ini selaras dengan hasrat negeri yang mana menjelang 2030, kita mahu Johor menjadi sebuah negeri maju yang memerlukan satu anjakan paradigma, gelombang besar untuk pastikan Johor benar jadi maju dan ia bermula dengan pendidikan,” katanya sempena program Sesi Libat Urus bersama Warga Pendidik dan Ibu Bapa SRBJ di SMK Tasek Utara di sini, hari ini.

Menurut Onn Hafiz, kejayaan pelajar SRBJ bukan bergantung kepada murid, guru, kementerian dan negeri semata-mata, tetapi juga bergantung peranan ibu bapa.

“Kalau sekolah rintis ini berjaya, Insya-Allah kita boleh buat lagi untuk banyak sekolah. Terdapat lebih 1,100 sekolah di Johor yang boleh dilihat,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar