Perokok tegar, lelaki 60 tahun ke atas kumpulan tertinggi dijangkiti tibi

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengenal pasti perokok aktif dan lelaki warga emas berusia 60 tahun ke atas antara kumpulan tertinggi yang mudah dan berisiko dijangkiti penyakit tuberkulosis (tibi).

Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Awasm JKNPP, Dr Rozaini Mat Shah berkata, ia berikutan tahap imuniti kedua-dua golongan itu yang semakin menurun kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat termasuk peningkatan faktor usia.

Katanya, imuniti rendah menyebabkan mereka lebih mudah menerima jangkitan dalam apa juga jenis penyakit khususnya tibi.

“Tahun lalu, dalam kalangan warga emas lelaki berusia 60 tahun ke atas kita dapat tengok kumpulan ini sangat berisiko tinggi dan mudah menerima jangkitan tibi termasuk perokok.

“Ini mungkin dari segi tahap imuniti badan sesetengah orang yang bila tahap imun menurun, penyakit itu akan muncul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang di pusat beli-belah di Alma, di sini, hari ini.

Katanya, penyakit tibi adalah antara lima penyakit berjangkit tertinggi di Pulau Pinang selepas penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), keracunan makanan serta denggi.

Dalam pada itu, Dr Rozaini berkata, bagaimanapun kadar insiden dan kematian pesakit tibi di negeri ini menunjukkan tren penurunan tahun lalu.

“Mengikut data kebangsaan pada tahun 2024, sebanyak 26,183 kes baharu tibi telah dilaporkan berbanding 26,149 kes tahun 2023 yang menunjukkan peningkatan 0.1 peratus.

“Namun di Pulau Pinang, sebanyak 1,273 kes baharu dan berulang pesakit tibi dilaporkan pada 2024 berbanding 1,303 kes pada 2023 yang ia menunjukkan penurunan 2.3 peratus.

“Jumlah kematian direkodkan tahun lalu pula adalah sebanyak 125 kes berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan 156 kes,” katanya.

Related Posts

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merekodkan penurunan panggilan kebakaran terbuka, namun operasi pemadaman hutan berskala besar kini tertumpu di tiga lokasi utama termasuk di Limbang. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan