Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti persundalan di Penampang

PENAMPANG – Dua wanita warga Thailand berusia 30-an ditahan dalam serbuan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kerana disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan.

Serbuan dibuat menerusi operasi bersepadu mencegah jenayah (OBMJ): Op Noda yang dijalankan sekitar pukul 12.40 tengah malam tadi di sebuah hotel di Jalan Bundusan di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, siasatan awal mendapati kegiatan tidak bermoral itu dijalankan melalui platform dalam talian sebagai medium untuk mendapatkan pelanggan.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut termasuk telefon bimbit, tablet, kondom dan sejumlah wang tunai dalam pelbagai mata wang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan komitmen polis dalam membanteras aktiviti tidak bermoral dan menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan masing-masing.

Related Posts

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

TAWAU – Dua penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Khamis, atas enam pertuduhan berkaitan tuntutan palsu elaun penugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana berjumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

KOTA KINABALU – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekebun kecil sawit menerusi program tanam semula, penggunaan teknologi serta penghasilan produk berkualiti dan mempunyai kebolehkesanan bagi memperluas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik