PRN17 Sabah: Ruang perbincangan masih terbuka – Mustapha

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berpandangan masih wujud ruang untuk perbincangan dalam mewujudkan kerjasama politik antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Pada Jumaat, Ketua Menteri Sabah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan kesediaan GRS untuk bertanding secara solo.

Mengulas perkembangan itu, Mustapha berharap akan ada perbincangan awal supaya dapat mengekalkan kesepaduan Kerajaan Perpaduan di Sabah.

“Sebenarnya hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini supaya kekalkan kesepaduan Kerajaan Perpaduan MADANI seperti di pusat itu, jadi kalau boleh kita bawa ke peringkat negeri.

“Perdana Menteri akan datang ke Tawau esok dan saya fikir Ketua Menteri juga akan hadir sama,” katanya ketika menjawab pertanyaan media berkenaan perbincangan susulan dengan GRS.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, soal agihan kerusi boleh dirunding kerana memahami hasrat GRS untuk menjadi tunjang utama pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Kita boleh bincang tetapi jangan kita wujudkan pergeseran sehingga kita bertembung pula, jadi kita masih lagi membuka ruang untuk kita bekerjasama dengan GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Karnival Pendidikan Kemahiran dan Kerjaya Borneo di North Borneo Universiti College (NBUC), di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berpandangan perlu membuka ruang penglibatan bersama parti yang berasaskan lokal.

“Pandangan kitalah, kami daripada PKR sendiri PH, kita mahu supaya penglibatan lokal parti itu perlu dimasukkan.

“Jadi ada yang mengatakan hanya PH, BN saja ada orang-orang begitu tapi bagi saya sendiri, saya pegang bahawa kita perlu tekankan bahawa kerjasama ini mesti juga melibatkan lokal parti.

“Jika saya mahu terangkan kembali dalam PH, BN itu sendiri ada UPKO dan juga PBRS yang juga merupakan lokal parti. Jangan lupa itulah,” tegasnya.

Mengulas lanjut berkenaan dengan GRS yang akan bergerak secara solo, beliau berkata, itu terpulang kepada GRS.

“Ini politik, kalau akhirnya mereka mahu bergerak seorang diri, itu terpulang kepada GRS dan kita bersedia dengan segala kemungkinan itu adalah senario terburuk.

“Jadi dalam politik itu biasa, kita cuba mengelak tapi kalau sudah berlaku pertembungan kita terpaksa berdepan jadi itu adalah pilihan rakyat Sabah.

“Kita pulangkan kepada rakyat Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

BERA – Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar, dekat Tasik Bera, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026