Polis Kedah lupus lebih 14,000 komponen motosikal, tegas perangi samseng jalanan

ALOR SETAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah bertindak tegas dalam membanteras kegiatan samseng jalanan dan ubah suai motosikal secara haram dengan merampas serta melupuskan lebih 14,000 komponen motosikal yang tidak mengikut spesifikasi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kedah, Superintenden Abdel Nasser S Salleh berkata, pelupusan komponen motosikal ini melibatkan ekzos, swing arm, enjin, karburetor, ECU, tayar dan pelbagai aksesori lain yang didapati telah diubah suai secara tidak sah.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan Ops Khas Motosikal dan Ops Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang 2024 hingga kini telah berjaya menyita sebanyak 14,050 item rampasan, dengan sebahagian besar daripadanya terdiri daripada 6,970 ekzos dan 5,183 ‘swing arm’.

“Komponen yang dirampas telah mendapat arahan pelupusan dari pihak Mahkamah di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan untuk mengelakkan berlakunya kesalahan berulang.

“Pelupusan dilakukan dalam beberapa fasa menggunakan kaedah gelek dengan ‘steamroller’ bagi memastikan aksesori yang disita tidak boleh digunakan semula,” katanya pada sidang akhbar di Balai Trafik Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.

Abdel Nasser berkata, pelupusan dilakukan secara berfasa dan sebanyak 320 komponen telah dilupuskan pada Julai 2024, 330 komponen dilupuskan pada 24 September 2024, 585 komponen dilupuskan pada 31 Disember 2024 dan 1,199 komponen dilupuskan pada 7 Mei 2025.

Jelas beliau, baki komponen motosikal yang masih dalam simpanan menunggu keputusan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan pihak Mahkamah sebelum tindakan lanjut diambil.

“PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan ubah suai motosikal yang melanggar peraturan, terutama penggunaan ekzos yang bising dan ubah suai enjin yang boleh membahayakan.

“Kesalahan-kesalahan yang sering ditemui ialah ubahsuai ekzos di bawah kaedah 103 penyelenggaraan penyenyap, ubah suai struktur dan kelengkapan seperti karburetor dan ECU di bawah Kaedah 34 dan kegagalan memasang peti rantai motosikal di bawah Kaedah 94,” katanya.

Tambah Abdel Nasser, mereka yang terlibat dalam kegiatan rempit atau samseng jalanan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa denda tidak kurang daripada RM5,000 serta hukuman penjara sehingga lima tahun.

Menurutnya, polis akan terus mengesan pemilik motosikal yang melakukan ubah suai tidak sah, termasuk menjalankan pemeriksaan di rumah, tempat kerja dan bengkel motosikal.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam ujian kelajuan, tunggangan secara zig-zag, melawan arus serta aksi berbahaya seperti ‘wheelie’ dan ‘superman’,” katanya.

End.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak