Penduduk tangkap buaya lebih 400kg di kebun sawit

BATU PAHAT – Sekumpulan penduduk berjaya menangkap seekor buaya betina seberat kira-kira 410 kilogram di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Parit Gantong Laut, Parit Lapis, Taman Nira, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nur Eddy Paiman berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima jam 10.30 pagi.

“Buaya sepanjang 4.5 meter itu telah berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.

“Anggota bomba bertindak menyerahkan buaya berkenaan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, operasi turut dibantu oleh empat anggota Perhilitan dan empat anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.45 pagi.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP