Harga RON97, diesel turun 8 sen

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 serta diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan masing-masing lapan sen bagi tempoh seminggu iaitu antara 8 hingga 14 Mei ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan langkah penurunan harga bahan api itu diambil seiring perubahan harga pasaran minyak dunia.

Melalui pengurangan itu, harga runcit RON97 turun kepada RM3.10 seliter, manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun kepada RM2.80 seliter.

Mengulas lanjut, kementerian itu berkata berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Penetapan Harga Automatik (APM), harga bagi tempoh 8 hingga 14 Mei ditetapkan seperti berikut.

(i) harga runcit petrol RON97 diturunkan lapan sen kepada paras RM3.10 seliter.

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan lapan sen kepada paras RM2.80 seliter

(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan