Rundingan tarif Malaysia-AS bermula esok

PUTRAJAYA – Malaysia akan memulakan rundingan tarif timbal balik secara rasmi dengan Amerika Syarikat (AS), esok.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, objektif rundingan itu bukan sekadar untuk mengurangkan kadar tarif tetapi juga dengan sasaran utama memastikan perdagangan antara kedua-dua negara tidak dikenakan sebarang tarif.

Katanya, delegasi Malaysia akan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Mastura Ahmad Mustafa.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian usaha strategik kerajaan bagi memastikan Malaysia tidak lagi dikenakan tarif, khususnya dalam sektor penting seperti teknologi dan eksport bernilai tinggi.

“Objektif utama rundingan kali ini bukan sekadar mengurangkan tarif sedia ada, tetapi untuk mencapai matlamat penghapusan sepenuhnya atau ‘go to zero tariff.’

“Kalau boleh, kita mahu tiada tarif langsung dikenakan ke atas Malaysia. Itu aspirasi kita,” katanya pada sidang media selepas Sidang Khas Dewan Rakyat berkenaan tarif AS di Parlimen, hari ini.

Sebagai sebahagian daripada persediaan ke arah rundingan, Malaysia dan AS menandatangani Perjanjian Kerahsiaan (NDA) bagi memudahkan pertukaran maklumat teknikal serta dokumen berkaitan.

Empat isu utama dibangkitkan oleh AS dalam rundingan itu turut dikenal pasti sebagai keutamaan rundingan yang dijangka berlarutan beberapa minggu.

Pertama, AS mahu melihat pengurangan tarif terhadap produk yang mereka anggap kurang kompetitif jika dibandingkan dengan import dari Malaysia yang kini menikmati kelebihan kompetitif.

Kedua, AS turut membangkitkan isu berkenaan proses pensijilan Halal Malaysia yang dikatakan mengambil masa lebih lama berbanding negara lain, meskipun ia bukan mempertikaikan keabsahan pensijilan itu.

Isu ketiga membabitkan kawalan terhadap teknologi sensitif yang diklasifikasikan sebagai ‘teknologi penyelamatan’ (safeguard technologies) berasal dari AS dan dibimbangi akan sampai ke negara ketiga melalui Malaysia.

Keempat, Washington turut mahu Malaysia mengawal semula pemberian subsidi domestik dalam bentuk ‘penyelamatan industri’ bagi mengelakkan kesan ketidakseimbangan pasaran kepada syarikat AS.

Dalam menjawab keempat-empat isu berkenaan, Tengku Zafrul berkata, Malaysia menegaskan sebarang pelarasan dasar akan dibuat tanpa menjejaskan keupayaan industri tempatan dan dasar pemeriksaan terhadap industri strategik.

“MITI juga mengumumkan mulai 6 Mei ini, semua Sijil Asal Bukan Keutamaan (NPCO) ke pasaran AS hanya boleh dikeluarkan oleh MITI, bukan lagi oleh dewan perdagangan.

“Langkah ini bagi membendung sebarang kemungkinan berlaku aktiviti penipuan laluan dagangan oleh pihak ketiga,” katanya.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu