Nazir puji pendekatan Kerajaan MADANI hadapi tarif AS

PUTRAJAYA – Pendekatan Malaysia menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) perlu diberi pujian dan dijadikan ikutan negara lain di rantau ini.

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Tan Sri Nazir Razak turut memuji kematangan diplomasi Malaysia dalam menangani isu tarif AS menerusi pendekatan yang tenang, perundingan berstrategi, dan perancangan semula.

Nazir menekankan bahawa beberapa negara bertindak balas terlalu cepat terhadap isu tarif, yang boleh menggugat kepentingan ekonomi ASEAN.

ASEAN-BAC sedang mengusulkan beberapa inisiatif kepada pemimpin ASEAN, termasuk projek Asean Business Entity (ABE) dan pasaran swasta.

“Bagi mereka yang telah lama kenal saya, pasti tahu saya jarang beri pujian… tapi saya benar-benar rasa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan hari ini bijak tangani isu tarif AS.

“Pertama, Malaysia kekal tenang. Kedua, Malaysia jalankan libat urus untuk bezakan antara retorik dan realiti dari aspek Amerika Syarikat.

“Ketiga, kita kembali merancang semula. Keempat, kita akan kembali berunding.

“Saya rasa ini pendekatan yang tepat, berbanding banyak negara lain,” katanya ketika sidang media mengenai inisiatif ekonomi ASEAN-BAC di ibu negara.

Beliau turut menyentuh pendekatan beberapa negara lain yang bertindak balas terlalu cepat sehingga menggugat kepentingan ekonomi serantau.

“Terdapat hubung kait yang rapat antara pengurangan tarif dan peningkatan halangan bukan tarif dan pada kiraan terakhir, terdapat kira-kira 9,642 halangan bukan tarif di seluruh ASEAN,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nazir turut memberi kemas kini kemajuan pelbagai inisiatif di bawah ASEAN-BAC, termasuk projek Asean Business Entity (ABE) dan rangka kerja pasaran swasta serta filantropi.

Katanya, kesemua pelan itu telah siap dan akan diusul kepada pemimpin ASEAN pada penghujung bulan ini.

Beliau turut menyampaikan pesanan agar ASEAN tidak terlampau meletakkan sasaran tinggi sehingga sukar dicapai, sebaliknya perlu realistik memandangkan kegawatan fiskal serantau masih tidak menentu.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas