Isu Petronas-PETROS tidak jejas rundingan MA63 – Fadillah

KUCHING – Rundingan antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) tidak akan menjejaskan perbincangan lain berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata banyak perkara di bawah MA63 sedang dirunding secara serentak dan sebahagiannya telah pun berjaya diselesaikan hasil kerjasama antara agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak.

“Rundingan ini melibatkan pelbagai pihak termasuk saya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal. Ia turut disertai oleh wakil kerajaan negeri, Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Minggu ADR Borneo 2025 pada Isnin.

Menurut Fadillah, pendekatan yang diambil ketika ini adalah untuk mencari penyelesaian yang adil dan menguntungkan semua pihak, tanpa terlalu terikat kepada kerangka undang-undang yang ketat.

“Kalau melibatkan isu perundangan, ia hanya boleh diselesaikan melalui mahkamah. Tetapi sekarang ini kita lebih utamakan perbincangan untuk capai persefahaman bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mencadangkan supaya Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri duduk semeja untuk membantu kedua-dua kerajaan menyelesaikan isu berkaitan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, kerajaan Sarawak dilaporkan menghantar tuntutan kepada anak syarikat PETRONAS, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) kerana didakwa melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas 2016. Tuntutan itu berkait dengan operasi loji PCSB di Miri Crude Oil Terminal (MCOT) yang dikatakan dijalankan tanpa permit sah.

PETRONAS turut mengesahkan PCSB menerima notis berkaitan daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 30 April lalu.

Mengulas lebih lanjut, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan rundingan antara PETRONAS dan PETROS adalah perkara berasingan dan tidak memberi kesan kepada rundingan MA63 yang sedang berlangsung.

“Isu ini satu perkara, dan kita juga sedang bincang banyak lagi isu lain di bawah MA63. Malah, ada yang telah pun berjaya diselesaikan,” katanya.

Kredit: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung penemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

Nelayan, komuniti maritim diingat tidak ambil mudah SOP keselamatan

Nelayan, komuniti maritim diingat tidak ambil mudah SOP keselamatan

Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

Sheikh Omar desak hantaran persenda ‘tahlil Loke di Chennah’ dipadam

Sheikh Omar desak hantaran persenda ‘tahlil Loke di Chennah’ dipadam