Pengajian AI di universiti seluruh negara akan diselaraskan oleh KPT – PM

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa potensi bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh dikembangkan sama ada di universiti awam mahupun swasta.

Anwar berkata, walaupun telah wujud penubuhan fakulti AI pertama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Anwar menegaskan masih kekurangan pelajar untuk bidang tersebut dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memperkukuhkan hala tuju berkenaan.

“Saya percaya AI penting dan bidang ini perlu diberikan keutamaan. Saya ada minta, umpamanya KPT untuk menyelaraskan kegiatan ini.

“Satu perubahan yang berlaku sekarang ialah kesediaan kita untuk memilih dan mendapat sumbangan itu adalah tidak terikat.

“Kalau untuk pendidikan dan kajian, ia tidak terikat untuk universiti awam. Sebaliknya jika ada keupayaan istimewa, sama ada swasta atau awam, kerjasama itu harus dirangkul dalam satu kekuatan,” katanya pada program Temu Anwar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), di sini, hari ini.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi meluaskan pendidikan berkaitan AI.

Mengulas lanjut, Anwar juga menyeru agar nilai, sejarah dan budaya Malaysia disepadukan ke dalam pembangunan AI.

“AI ini akan hadam dan memuntahkan semula ilmu yang masuk (ke dalam sistemnya). Jadi bagaimana penyelesaiannya, anak-anak kita harus mempunyai keupayaan untuk memasukkan ilmu atau aplikasi yang ada nilai kita.

“Ini adalah supaya AI mampu hadam dan memuntahkan semula ilmu bersama kefahaman kita sendiri,” katanya.

Related Posts

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan tekad memastikan sebahagian institusi pondok mempunyai laluan ke universiti bagi membolehkan lulusan aliran berkenaan turut menyumbang dan mempengaruhi sistem pendidikan awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

PUTRAJAYA – Institusi pondok perlu diperkasa dengan penguasaan ilmu baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), selaras perkembangan teknologi dan keperluan semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka