Jentera Wanita GRS mula gerak kerja aktif, elak isu keciciran data

KOTA KINABALU – Jentera Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) digesa untuk memulakan kerja aktif bagi mengenal pasti pengundi di semua kawasan bagi mengelakkan isu keciciran data menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din berkata, langkah itu penting dimulakan lebih awal dan diteruskan secara konsisten bagi mengelakkan masalah dihari pengundian.

“Sememangnya jentera kita sudah mula bekerja dan apa yang saya tekankan khasnya untuk sayap Wanita bahagian ini adalah peka terhadap kawasan sekeliling.

“Dan bergerak secara aktif untuk pastikan kenalan di kiri kanan kita, berdaftar sebagai pengundi dalam daftar pemilih dengan Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),” katanya ketika berucap semasa Mesyuarat Wanita Gagasan Rakyat Likas, di sini, pada Ahad.

Halizah turut menyeru semua jentera wanita Likas agar berusaha dalam menambah bilangan keahlian di peringkat cawangan.

“Penting untuk kita konsisten dalam usaha menambah bilangan ahli kerana ini adalah bukti kekuatan dan kepercayaan rakyat kepada Gagasan Rakyat.

“Untuk ini, bukan hanya sayap Wanita, bahkan sayap Pemuda dan Beliawanis juga sentiasa berusaha untuk menambah bilangan keahlian di semua cabang, demi untuk menyumbang pertambahan bilangan ahli parti secara keseluruhan,” jelasnya.

Tegasnya, jentera Wanita Likas akan terus menyokong kepimpinan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kerana terbukti berjaya menunaikan janji serta melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat Sabah.

Justeru, beliau meminta agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang di media sosial dan menilai sesuatu isu dengan fikiran terbuka, matang serta bijak bagi mengelakkan menjadi mangsa politik.

“Sebagai rakyat, kita mesti berfikiran terbuka, matang dan menilai dengan bijak tentang sesuatu isu atau idea yang dibangkitkan dalam media sosial bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa perjuangan politik pentingkan diri pihak sana,” ujarnya.

Related Posts

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

SANDAKAN – Kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 150 meter menyebabkan Jalan Sim-Sim berhampiran Tokong Cina Pau Kung, di sini, ditutup atas faktor keselamatan pada malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha