Nelayan, komuniti maritim diingat tidak ambil mudah SOP keselamatan

MUKAH – Komuniti maritim dan golongan nelayan di perairan daerah ini diingatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pelayaran serta tidak mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di laut.

Pengarah Maritim Zon Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, peringatan tegas itu disuarakan berikutan risiko tinggi yang sentiasa dihadapi oleh warga maritim semasa menjalankan aktiviti harian.

Menurutnya, setiap pemilik dan pengemudi vesel bertanggungjawab sepenuhnya memastikan bot berada dalam keadaan baik serta diselenggara mengikut jadual sebelum turun ke laut.

“Setiap vesel mestilah dilengkapi dengan peralatan keselamatan mencukupi seperti jaket keselamatan, alat pemadam api berfungsi serta sistem komunikasi yang sempurna.

“Langkah pencegahan awal ini amat kritikal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini serta memudahkan proses penyelamatan sekiranya berlaku kecemasan di perairan,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan penganjuran Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Mukah 2026 yang berlangsung di perairan laut daerah itu pada Rabu.

Muhammad Suffian menambah, satu latihan simulasi kebakaran bot nelayan telah dilaksanakan kira-kira empat batu nautika barat laut muara Mukah bagi memastikan kesiapsiagaan agensi penyelamat sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Beliau menjelaskan, insiden simulasi melibatkan lima kru bot itu menyaksikan tindak balas pantas pelbagai agensi yang diaktifkan pada jam 9.20 pagi oleh Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching.

Latihan bersepadu selama enam jam itu melibatkan seramai 160 peserta daripada pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin, Sarawak Coast Guard, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan serta Kementerian Kesihatan.

“Menerusi latihan berkenaan, empat mangsa berjaya diselamatkan manakala seorang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum operasi ditamatkan secara rasmi pada jam 3 petang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa nelayan supaya tidak bertangguh dalam melaporkan sebarang insiden kecemasan yang dikesan atau dialami di perairan negara.

Tegasnya, komuniti maritim diminta memanfaatkan saluran perhubungan sedia ada seperti talian kecemasan MERS 999 atau terus menghubungi Pusat Operasi Maritim berhampiran agar bantuan dapat disalurkan segera.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok