Ewon sokong tubuh koperasi KDCA Putrajaya, laksana program CSR bantu komuniti

PUTRAJAYA – Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Putrajaya berhasrat menubuhkan koperasi dan melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuk membantu komuniti di Sabah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ini penting untuk memperkasakan komuniti masyarakat Momogun, bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung.

“Saya menyokong penuh hasrat KDCA Putrajaya untuk menubuhkan koperasi bagi memperkasakan penyertaan KDCA Putrajaya dalam aktiviti keusahawanan melalui gerakan koperasi.

“Saya akan meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membantu KDCA Putrajaya memproses permohonan agar impian mereka menubuhkan koperasi dapat direalisasikan, katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan anjuran KDCA Putrajaya, di sini, pada Ahad malam.

Ewon berkata Pesta Kaamatan merupakan platform penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang.

“Saya berharap penganjuran Pesta Kaamatan Putrajaya diteruskan setiap tahun dan kita semua sama-sama menjadi duta perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini bermula dari sambutan Pesta Kaamatan Putrajaya.

“Kaamatan bukan sahaja diraikan di Sabah malah di seluruh negara dan juga luar negara termasuk Kedutaan Malaysia di Vatican yang akan menganjurkan sambutan Kaamatan-Gawai hujung bulan ini,” katanya.

Beliau turut berkongsi wawasan kementeriannya dalam memperkukuh sektor keusahawanan dan koperasi di Malaysia Timur menerusi pendekatan Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara (Perspektif KUSKOP).

“Memberikan fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam pembangunan keusahawanan dan koperasi tanpa menjejaskan fokus sedia ada kementerian.

Ewon berharap Pesta Kaamatan tahun ini memberi makna besar dalam usaha menyatukan rakyat serta memperkukuh jaringan keusahawanan dan koperasi dalam kalangan komuniti Momogun yang berada di perantauan,” ujarnya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan