JHEAIK panggil pendakwah bebas dan ambil keterangan isu solat bersama bunian

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah mengambil keterangan pendakwah terkenal berhubung penularan videonya berkaitan solat Jumaat seorang ulama bersama bunian hari ini.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, proses yang berlangsung pada jam 10 pagi itu dihadiri pendakwah terbabit yang dikendalikan Timbalan Pengarahnya, Datuk Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim di JHEAIK, di sini.

“JHEAIK sudah mengambil keterangan dan pendakwah berkenaan mengakui mengucapkan perkara tersebut pada 11 November 2023 dalam satu majlis.

“Kertas siasatan ini sudah lengkap dan pihak JHEAIK akan menyerahkan kepada Jabatan Mufti Kedah untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, Jabatan Mufti Kedah juga akan memutuskan tindakan sewajarnya ke atas pendakwah terbabit kelak susulan kenyataannya itu.

“JHEAIK sekali lagi menasihatkan agar mana-mana pendakwah tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kegusaran awam khususnya umat Islam,” jelasnya.

Baru-baru ini TMP menyiarkan JHEAIK akan menjalankan siasatan terhadap seorang pendakwah terkenal berhubung penularan videonya berkaitan solat Jumaat seorang ulama bersama bunian.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills