Tragedi Putra Heights: Bayaran baki sewa selesai minggu hadapan

BAYARAN sewa rumah kepada baki lebih 200 mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights dijangka diselesaikan minggu hadapan, kata Datuk Borhan Aman Shah.

Exco Perumahan Kerajaan Selangor itu berkata, mangsa yang masih belum menerima bayaran sewa disebabkan tidak memberi dokumen lengkap seperti tiada nombor akaun bank.

“Kebanyakan mangsa tidak memberikan nombor akaun kerana risaukan ‘scammer’… namun mereka percaya selepas kumpulan pertama 70 mangsa menerima bayaran sewa rumah untuk tiga bulan.

“Kita yakin bayaran kepada semua mangsa dapat diselesaikan minggu depan dan pejabat daerah sedang memproses segala dokumen sebelum wang dimasukkan terus ke dalam bank,” katanya dipetik Media Selangor, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah RM2.73 juta diperuntuk bagi bayaran sewa rumah mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran yang berlaku pada 2 Syawal lalu.

Menurutnya, dana itu disalurkan kepada 455 keluarga dengan masing-masing menerima RM6,000 bagi tempoh tiga bulan bermula bulan ini.

Jelasnya, bantuan sewaan telah diserahkan tiga fasa dengan keseluruhannya 214 menerimanya, selebihnya sedang menunggu dokumen lengkap termasuk kad pengenalan.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma