Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, kehadiran tetamu daripada pelbagai latar belakang membuktikan perpaduan adalah aset paling bernilai yang perlu dipelihara.

Menurutnya, majlis penutupan Gawai itu bukan sekadar kesinambungan tradisi, malah merupakan simbol kesyukuran yang menjadi tunjang kekuatan masyarakat Dayak serta rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis berkenaan yang mempromosikan kelestarian warisan budaya negeri pada Selasa malam.

Dalam pada itu, menyentuh berkenaan kemudahan infrastruktur, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu memberi jaminan bahawa setiap projek pembangunan di Daerah Subis akan dipantau dengan teliti.

Tegasnya, ia bagi memastikan setiap projek yang diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual, menepati standard kualiti serta memberi manfaat secara terus kepada rakyat.

“Kerajaan di bawah kepemimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa komited memastikan pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif.

“Ini merangkumi aspek pembangunan infrastruktur, pendidikan, peluang pekerjaan, kemudahan kesihatan, ekonomi digital serta peningkatan taraf hidup,” jelasnya yang yakin Subis mempunyai potensi besar untuk terus berkembang maju.

Terdahulu, majlis kemuncak itu diserikan dengan persembahan kebudayaan warisan seperti Gendang Pampat dan Tarian Ngajat.

Gerawat turut menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Subis, Persatuan Tuai Rumah Sibuti, Persatuan Tuai Rumah Daerah Subis, serta Datuk Rosey Yunus atas komitmen jitu menjayakan penganjuran berkenaan.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

KUANTAN – Aspek kebajikan dan pendidikan dalam kalangan saudara baharu daripada komuniti Orang Asli menjadi fokus utama Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Mualaf Negeri Pahang. Ditubuhkan pada Jun 2025, yayasan berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0