Anwar terima ‘Order of Independence’ Kosovo

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima penghormatan tertinggi Kosovo iaitu ‘Order of Independence’, satu lagi pengiktirafan antarabangsa diberikan kepada Malaysia.

Anugerah berprestij itu adalah penghormatan awam tertinggi dikurniakan Kosovo kepada individu yang memainkan peranan penting dalam menyokong kemerdekaan negara berkenaan.

Anugerah itu disampaikan Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu kepada Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan, penganugerahan itu bagi mengiktiraf sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap kedaulatan Kosovo serta pembangunan pasca kemerdekaannya, selain komitmen teguh Perdana Menteri dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Osmani juga akan menganugerahkan Order of Independence secara ‘anumerta’ kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia sebagai penghargaan atas kepemimpinan Allahyarham semasa tempoh penting dalam sejarah Kosovo.

Di bawah kepemimpinan Abdullah, Malaysia menjadi antara negara terawal mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 30 Oktober 2008.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan