2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

KYLIAN Mbappe meledak dua gol ketika Perancis menewaskan Sweden 3-0 dalam saingan pusingan 32 terbaik Piala Dunia bagi mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik bertemu Paraguay.

Dalam perlawanan di Stadium MetLife, New Jersey dan disaksikan lebih 80,000 penonton, Perancis mempamerkan aksi dominan sepanjang permainan dengan penguasaan bola selain mencipta banyak peluang jaringan.

Mbappe membuka jaringan sebelum tamat babak pertama selepas menyempurnakan gerakan menarik yang direncana rakan sepasukan.

Pemain sayap Crystal Palace, Michael Olise, sekali lagi menjadi watak penting apabila mencipta gol kedua untuk Bradley Barcola pada minit ke-53.

Dia kemudian menghadiahkan satu lagi hantaran berkualiti kepada Mbappe yang menyempurnakan gol ketiga Perancis pada minit ke-74.

Dua gol yang dijaringkan Mbappe menyaksikan kapten Perancis itu kini mengumpul enam gol dalam perebutan Kasut Emas Piala Dunia, menyamai jumlah jaringan Lionel Messi pada kejohanan kali ini.

Related Posts

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

MALAYSIA tumbang 0-2 di tangan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. Ini menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang teruja untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini berpeluang mendapatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak