Kes HFMD di Johor meningkat

JOHOR BAHRU – Johor merekodkan peningkatan ketara kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dengan catatan sebanyak 1,441 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-17.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon berkata, angka itu melebihi paras berwaspada bagi awal tahun 2025 berbanding tahun 2023 dan 2024.

“Peningkatan ini amat membimbangkan apabila 1,441 kes dilaporkan pada minggu ke-17, berbanding 1,196 kes pada minggu ke-16. Jumlah itu mencatat peningkatan sebanyak 20.5 peratus dan kekal melebihi paras amaran sejak awal tahun ini.

“Daerah Johor Bahru mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 386 kes, diikuti Batu Pahat (254), Kluang (192), Kota Tinggi (140), Tangkak (134), Muar (128), Pontian (94), Segamat (47), Mersing (37) dan Kulai (29),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau, sebanyak 83.5 peratus daripada keseluruhan kes melibatkan kanak-kanak berumur antara 0 hingga 6 tahun, manakala selebihnya terdiri daripada umur 7 hingga 12 tahun serta 13 tahun ke atas.

Katanya, sebanyak 14 kluster baharu direkodkan pada minggu lalu menjadikan jumlah keseluruhan 74 kluster HFMD di negeri ini sejak awal tahun.

“Kluster yang dilaporkan melibatkan 24 tabika, 19 pra sekolah, 17 taska, 12 tadika, sebuah sekolah rendah dan rumah persendirian.

“Daripada 2,845 individu yang terdedah, sebanyak 360 kes telah dikesan dengan kadar serangan antara 3.9 hingga 42.9 peratus,” katanya.

Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengeluarkan dua surat ‘alert’ pada 11 Mac lalu susulan peningkatan kes dan wabak HFMD di Johor.

“Surat pertama ditujukan kepada semua pengarah hospital dan pegawai kesihatan daerah bagi mempertingkat keprihatinan serta kesedaran dalam kalangan pengusaha dan guru taska, tadika serta prasekolah.

“Surat kedua pula ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor bertujuan untuk membantu dalam mengurangkan risiko jangkitan dan penularan kes HFMD di fasiliti masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, Tian Soon menasihatkan semua pengusaha pusat jagaan kanak-kanak agar meningkatkan tahap kebersihan dan kawalan infeksi.

Related Posts

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

MUKAH – Usaha menyemai semangat kenegaraan serta meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan generasi muda terus diperkasa menerusi penganjuran Program Jiwa @ Komuniti sempena bulan kebangsaan. Program yang menghimpunkan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Sarawak melakar kelainan tersendiri pada tahun ini apabila julung kalinya menyelitkan pengisian majlis kesyukuran rentas agama.   Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara

Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara