Gangguan seksual bukan hanya babitkan fizikal, semua harus berani bertindak – Nancy Shukri

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan bahawa gangguan seksual bukan sekadar membabitkan sentuhan fizikal, malah apa jua bentuk gangguan perlu ditangani dengan serius oleh semua pihak.

Beliau merujuk kepada insiden tular melibatkan seorang pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun dengan meminta mangsa membuka tudung ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Tindakan tegas bapa mangsa yang menggesa lelaki terbabit ke balai polis untuk membuat laporan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, kes berkenaan kini berada di bawah siasatan polis dan pihaknya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara adil dan segera.

Dalam pada itu, Nancy menyeru orang ramai, khususnya remaja, agar tidak berdiam diri sekiranya berdepan dengan situasi gangguan seksual dan tampil membuat laporan demi mempertahankan maruah serta keselamatan diri.

“Saya komited untuk memperkasa keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual, bagi memastikan hak mangsa terus dilindungi,” katanya.

Beliau turut mengajak semua lapisan masyarakat — sama ada wanita, lelaki, ibu bapa, pendidik mahupun rakan sekerja — untuk bersama-sama membina persekitaran yang lebih selamat dan bermaruah.

“Tanggungjawab kita bersama untuk berani bersuara apabila berdepan atau menyaksikan sebarang bentuk gangguan seksual, khususnya dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Kes tersebut mencetuskan kebimbangan ramai pengguna media sosial yang menggesa tindakan tegas terhadap pelaku, sekali gus mencerminkan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran dan ketegasan dalam menangani jenayah seksual.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor