31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

PADANG BESAR – Polis merampas 31.6 tan kaki ayam dan 10.2 tan hati ayam beku dalam serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan haram barangan sejuk beku di kawasan Perindustrian Padang Besar, semalam.

Rampasan yang turut melibatkan 1.4 tan ubi kentang itu dianggarkan bernilai RM1.89 juta dan dipercayai untuk tujuan eksport ke Thailand tanpa dokumen lengkap seperti Sijil Kesihatan Veterinar.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi dijalankan hasil risikan selama dua minggu oleh anggota Batalion 1 PGA.

“Serbuan dibuat kira-kira pukul 7 malam selepas anggota mengesan dua buah Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand sedang memunggah barangan sejuk beku di sebuah gudang tidak beralamat berhampiran Jalan Padang Besar–Kangar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kenderaan menemui 260 peket kaki ayam seberat 5.2 tan dan 140 pek ubi kentang seberat 1.4 tan.

“Pemeriksaan di dalam gudang pula menemukan lima buah kontena sejuk beku bersaiz 29.7 meter persegi setiap satu yang mengandungi kaki dan hati ayam sejuk beku disimpan dalam keadaan berkunci,” ujarnya.

Katanya, rampasan keseluruhan melibatkan 31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam dan 1.4 tan ubi kentang.

Polis turut menyita dua buah kenderaan pacuan empat roda, lima buah kontena serta sebuah forklift yang digunakan dalam operasi pemunggahan barangan tersebut.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1,893,200 merangkumi kenderaan bernilai RM340,000, kontena RM1 juta, forklift RM30,000 serta barangan sejuk beku melebihi RM500,000.

Dua lelaki warga Thailand berusia 22 dan 34 tahun yang berada di lokasi kejadian turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan, pengesahan atau permit kerja sah.

Difahamkan, sindiket menggunakan taktik menutup kaki ayam dengan lapisan ubi kentang untuk mengaburi penguat kuasa, manakala pengikrarannya hanya disebut sebagai ‘barangan lain-lain’.

Polis percaya kegiatan itu telah berjalan sejak tahun 2022 secara kecil-kecilan dengan menggunakan pikap ‘bonded’ untuk membawa barangan ke sempadan sebelum dieksport ke Thailand.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 serta Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu menyediakan antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi