BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila mendapat 29 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Mandat tersebut adalah berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 10 malam ini yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BN menang di kerusi DUN Kukup, Machap, Sedili, Bekok, Tenggaroh, Benut, Pekan Nanas, Penawar, Pasir Raja, Bukit Permai, Yong Peng, Rengit, Bukit Kepong, Pulai Sebatang, Johor Lama dan Buloh Kasap.

Gabungan tersebut juga menang kerusi Gambir, Mahkota, Bukit Pasir, Permas, Parit Raja, Parit Yani, Layang Layang, Tanjung Surat, Tiram, Tangkak, Panti dan Kota Iskandar.

Manakala, Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi setakat ini di DUN Bentayan dan Mengkibol.

Secara keseluruhan, seramai 2.73 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun lalu.

PRN Johor kali ini menyaksikan saingan melibatkan BN, PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) serta calon Bebas.

Related Posts

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

PERTEMUAN antara wakil diplomatik Amerika Syarikat (AS) dengan pemimpin pembangkang bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya sebahagian daripada amalan diplomasi untuk memahami perkembangan politik sesebuah negara, kata Ahli Majlis Penasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita