Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

MADRID – Bekalan elektrik terputus di seluruh Sepanyol dan Portugal semalam, menyebabkan perkhidmatan tren terhenti, jalan raya sesak serta orang ramai terperangkap dalam lif.

Bagaimanapun, bekalan elektrik mulai pulih secara berperingkat selepas beberapa jam gangguan berlaku.

Rata-rata masyarakat keliru dengan kejadian berkenaan dan kerajaan Sepanyol pada masa sama berusaha mengenal pasti punca gangguan yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.

“Orang ramai terkejut kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Sepanyol,” kata seorang pekerja binaan, Carlos Candori, 19, kepada Agensi berita negara itu.

“Tiada liputan (telefon), saya tidak dapat hubungi keluarga, ibu bapa, ia langsung tiada… saya juga tidak boleh pergi bekerja,” katanya lagi.

Di Madrid dan kawasan lain, orang ramai bergegas ke bank untuk mengeluarkan wang tunai, manakala kawasan jalanan dipenuhi orang yang cuba mendapatkan isyarat telefon bimbit.

Ada juga yang terperangkap di dalam lif dan dalam garaj.

Sebagai langkah berjaga-jaga, perlawanan tenis Madrid Open terpaksa dibatalkan pihak penganjur.

Pengendali kereta api Sepanyol, Adif, memaklumkan perkhidmatan tren dihentikan di seluruh negara.

Loji janakuasa nuklear Sepanyol turut dihentikan secara automatik sebagai langkah keselamatan, dan dikuasakan oleh penjana diesel bagi memastikan ia berada dalam ‘keadaan selamat’.

Perdana Menteri, Pedro Sanchez, mengadakan mesyuarat tergempar berhubung situasi itu, menurut pejabat beliau melalui mesej di Telegram.

Sementara itu, Suruhanjaya Eropah sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol dan Portugal susulan gangguan besar bekalan elektrik yang menyebabkan seluruh Semenanjung Iberia terputus bekalan elektrik, lapor agensi berita Jerman dpa.

“Suruhanjaya sedang berhubung dengan pihak berkuasa kebangsaan Sepanyol dan Portugal… untuk memahami punca asas serta kesan situasi ini,” kata seorang jurucakap di Brussels.

Related Posts

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

SIDANG Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bertukar tegang apabila beberapa negara anggota bertelagah mengenai laporan tahunan berkaitan nasib kanak-kanak dalam konflik bersenjata. Dalam sesi berkenaan, Amerika Syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti