Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026

KOTA KINABALU – Sabah mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan memberikan  peruntukan pelancongan yang lebih setimpal kepada negeri itu, sejajar persiapan yang semakin giat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata prestasi konsisten Sabah dalam menarik pelancongan antarabangsa mencerminkan sumbangan signifikan negeri berkenaan kepada sektor pelancongan negara.

“Sabah telah menunjukkan prestasi baik dalam membawa pelancong antarabangsa ke Malaysia dan mencapai sasaran ketibaan pelancong bagi tahun 2024.

“Seiring dengan persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, saya amat berharap Sabah akan menerima sokongan dan peruntukan sewajarnya daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk terus memacu kejayaan pelancongan Malaysia,” katanya dalam sesi libat urus industri pelancongan, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), di sini, pada Selasa.

Joniston yang juga Pengerusi STB menyatakan satu senarai cadangan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 telah dikemukakan bagi pihak Sabah.

“Saya harap agar cadangan tersebut menerima maklum balas yang positif.

“STB dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Menteri MOTAC dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan tersebut dengan lebih lanjut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Joniston turut berkata sekitar Oktober tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan hampir RM550 juta bagi menyokong aktiviti pelancongan dan persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Sambil menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara kerajaan dan sektor swasta, sokongan strategik daripada pihak berkuasa persekutuan amat penting bagi membuka potensi penuh pelancongan Sabah.

“Libat urus berterusan adalah untuk memastikan perancangan kita benar-benar praktikal. Kita mahu memastikan rancangan yang ada bukan sekadar idea di atas kertas, sebaliknya  dibentuk melalui input bermakna daripada para penggiat industri,” jelasnya.

Beliau turut mengiktiraf peranan penting para pengusaha pelancongan dan komuniti tempatan dalam memacu pertumbuhan sektor pelancongan Sabah serta menggalakkan semua pihak berkepentingan untuk terus berinovasi serta bekerjasama rapat dengan STB dan agensi kerajaan berkaitan.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit yang membentangkan perkembangan inisiatif semasa serta fokus utama dalam usaha Sabah menyesuaikan strategi pelancongannya mengikut keperluan pasaran yang sentiasa berubah.

Related Posts

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

KANGAR – Projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis yang sebelum ini berdepan pelbagai kelewatan kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencapai tahap kemajuan 87 peratus, sekali gus mendahului jadual asal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju