Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

KOTA KINABALU – Seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran Mahkamah Syariah, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar pukul 11.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebuah motokar yang dipandu lelaki berumur 30-an datang dari arah Jalan UMS menuju ke Sekolah Kebangsaan Likas.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, seorang penunggang motosikal yang dipercayai hilang kawalan telah melanggar bahagian belakang tepi sebelah kanan kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut beliau, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah Kasim, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu dengan berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas serta memastikan jarak selamat antara kenderaan.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah