950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

CONTINENTAL akan menghentikan operasi pembuatan tayar di
kilangnya di Alor Setar. Kedah, menjelang hujung tahun 2025.

Keputusan untuk menutup kilang tayar yang memiliki seramai 950 pekerja itu merupakan hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia-Pasifik (APAC).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, penutupan kilang itu juga adalah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan.

“Kami berhasrat untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya.

“Malaysia akan kekal sebagai pasaran utama bagi Continental di rantau Asia-Pasifik, sekali lagi kami menegaskan komitmen kami terhadap pelanggan dan rakan niaga, dengan menekankan
bahawa hubungan jangka panjang serta kepercayaan kekal sebagai teras utama perniagaannya di negara ini,” katanya.

Fasiliti pengeluaran di Alor Setar ini mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan bagi pasaran Asia-Pasifik, serta tayar motosikal.

Jelas kenyataan tersebut, rantau Asia Pasifik merupakan kawasan pertumbuhan strategik bagi Continental.

“Dengan rangkaian pembuatan tayar yang kukuh, syarikat akan memberikan perkhidmatan yang sama kepada pelanggan penggantian serta pelanggan peralatan asal,” ujarnya.

Kilang pembuatan tayar syarikat di rantau ini terletak di Hefei (China), Rayong (Thailand), Modipuram (India), Kalutara (Sri Lanka) dan Petaling Jaya (Malaysia).

Kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012,
kilang ini menjadi anak syarikat milik penuh Continental.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP