Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi.

Baginda mahu semua pihak berkaitan memberi komitmen dan bersepadu berkenaan hasrat itu kerana tulisan jawi adalah warisan besar bangsa Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara.

“Saya ingin satu badan atau institusi khusus ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan mandat melaksanakan kursus, latihan dan pertauliahan jawi secara rasmi.

“Agenda jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata, sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan berindentiti,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook, merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah dan saranan Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan Pusat Rujukan Jawi Pahang.

“Sesungguhnya, saranan baginda amat bertepatan dengan usaha memperkasa warisan bangsa dan memperkukuh jati diri umat Islam di negeri ini.

“Patik menyambut baik hasrat murni ini dan akan memberi sokongan sepenuhnya bagi merealisasikan penubuhan Pusat Rujukan Jawi Pahang.

“Semoga dengan penubuhan pusat ini agenda memartabatkan tulisan Jawi diperkasa sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP