Polis hargai pandangan masyarakat bagi tingkatkan perkhidmatan – Saifuddin

SINTOK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan daripada pihak luar dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan agensi keselamatan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun pasukan polis adalah antara agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang telah lama ditubuhkan, ia tetap bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk universiti.

“Polis telah wujud sebelum universiti ini (Universiti Utara Malaysia) ditubuhkan, dan ia membawa pengalaman yang luar biasa dalam menangani pelbagai isu, termasuk darurat, komunisme, sensitiviti agama, dan keganasan.

“Hakikat bahawa PDRM bersedia mengadakan kolaborasi dengan universiti menunjukkan adanya nilai yang baik. Walaupun mempunyai banyak kelebihan, PDRM tetap menghargai pandangan daripada pihak luar untuk penambahbaikan agensi ini, dan kita perlu menghormati usaha tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia di UUM di sini, pada Ahad.

Menurut Saifuddin Nasution, keamanan yang dinikmati di negara ini bukanlah hasil daripada kebetulan, tetapi melalui perancangan yang teliti yang sebahagiannya adalah hasil usaha pasukan polis, termasuk melalui kerjasama dengan pihak universiti.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan berkata, Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan direalisasikan melalui kerjasama strategik antara PDRM dan UUM sebagai langkah proaktif dan strategik untuk memperkukuhkan kecekapan sumber manusia, selain memenuhi keperluan dasar pembangunan modal insan PDRM.

“Kamus ini bukan hanya sebuah dokumen rujukan, tetapi hasil kajian mendalam, analisis kompetensi, dan pemetaan tingkah laku kepimpinan strategik yang berteraskan pendekatan saintifik dan amalan terbaik yang diterima pakai secara global.

“PDRM kini memiliki instrumen yang boleh dipercayai dan sah untuk mengenal pasti, membangunkan, dan menilai keupayaan kepimpinan, khususnya bagi jawatan strategik, secara lebih menyeluruh, telus, dan objektif,” katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah Universiti Pengurusan terkemuka di negara ini, UUM sentiasa komited dalam memainkan peranan aktif menyumbang kepakaran kepada sektor awam dan keselamatan negara.

“Penglibatan para penyelidik dan pakar UUM dalam projek ini merupakan satu penghormatan besar dan bukti komitmen UUM dalam memperkukuh pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi, khususnya dalam perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam