DBKK selesai isu lampu Jalan Damai, rosak kabel bawah tanah jadi punca

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terus berusaha menyelesaikan isu lampu di sepanjang Jalan Damai agar dapat ditangani dengan segera.

Menerusi hantaran DBKK di laman Facebook menyatakan kerja-kerja membaik pulih kerosakan kabel bawah tanah yang dipercayai menjadi punca lampu jalan berkenaan tidak berfungsi, berjaya disiapkan pada Jumaat.

“DBKK terus memantau lampu jalan berkenaan yang tidak berfungsi sejak tiga minggu lalu, yang menyebabkan persekitaran yang gelap dan menimbulkan risiko kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya.

“Perkara ini dirujuk kepada pihak Sabah Electricity (SE) untuk tindakan lanjut dan hasil pemeriksaan yang dijalankan, SE mendapati terdapat kerosakan pada kabel bawah tanah hingga menganggu bekalan elektrik di kawasan itu.

“Susulan itu, kerja-kerja membaik pulih kabel tersebut dimulakan sejak dua minggu lalu dan siap pada 25 April,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Menurut DBKK, kerja-kerja membaik pulih tersebut mengambil masa yang panjang kerana melibatkan pemasangan kabel bawah tanah yang baharu.

“Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu turut menjadi faktor yang memberi kesan terhadap proses pemasangan kabel ini,” jelas kenyataan tersebut.

DBKK menerusi kenyataan tersebut juga menegaskan bahawa usaha mewujudkan persekitaran bandar raya Kota Kinabalu yang selamat dan kondusif sentiasa menjadi keutamaan pihak mereka.

Related Posts

Kakanda Sultan Pahang mangkat

KUANTAN – Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam tadi. Pengelola Bijaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

SHAH ALAM – Infrastruktur digital yang kukuh, bakat berkemahiran tinggi dan penguasaan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara elemen penting dalam usaha Selangor memperkukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi digital dan teknologi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api