Kerajaan Johor peruntuk RM3.5 juta atasi banjir termenung di Batu Pahat

BATU PAHAT – Masalah banjir termenung yang melanda daerah ini sejak sekian lama dijangka selesai apabila Kerajaan Negeri Johor kini memperuntukkan sehingga RM3.5 juta bagi menangani isu berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah itu akan melibatkan kerja-kerja pembersihan sungai dan pembinaan sebuah rumah pam bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani dalam jangka masa panjang.

“Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk kerja pembersihan dan membuang kelodak sepanjang 20 kilometer di Sungai Senggarang yang dikenal pasti antara punca utama limpahan air serta banjir termenung.

“Selain itu, sejumlah RM500,000 pula disalurkan bagi pembangunan Rumah Pam Kekal Hidronik di Parit Bengkok sebagai langkah jangka panjang menambah baik sistem saliran dan mempercepatkan aliran keluar air dari kawasan kerap dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Orang Johor (JOJ), Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja Tahun 2025, kelmarin.

Menurut beliau, peruntukan itu mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan dalam memastikan penduduk Batu Pahat tidak lagi perlu berhadapan bencana banjir terutama ketika musim hujan.

Sebelum ini, masalah banjir termenung di daerah ini sering menimpa kediaman penduduk hingga menyebabkan ada mangsa yang lali.

Isu yang telah dihadapi sejak puluhan tahun itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian besar kepada mereka terlibat, malah beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga terpaksa diaktifkan ekoran banjir termenung yang berlaku turut mengancam keselamatan orang ramai.

Terdahulu, dalam acara berkenaan, lebih 8,000 pengunjung hadir memeriahkan program JOJ yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti seperti Semarak Subuh, Ziarah Kasih Johor, Jualan Kasih Johor serta acara sukan komuniti.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam