Pengundi sambut baik manifesto BN

TAPAH – Manifesto yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning disambut baik oleh masyarakat setempat yang disifatkan realistik dan mampu ditunaikan sehingga tamat penggal perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir berkata, penerimaan itu berjaya diamati hasil turun padang ketika menyantuni pengundi di sekitar Air Kuning, walaupun manifesto itu baru diumumkan semalam.

Menurutnya, manifesto berkenaan bukan sekadar tawaran politik tetapi ikrar, tanggungjawab dan komitmen untuk turun padang dengan mendengar suara rakyat dan bekerja sedaya upaya demi memastikan setiap perkara yang dinyatakan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

“Kita sudah pun memulakan gerakan dalam menerangkan tawaran BN secara terperinci menerusi manifesto selepas dilancarkan semalam. (Rata-rata) saya jumpa sudah mula membaca manifesto BN.

“Berdasarkan turun padang ketika berkempen hari ini, dari komen yang saya terima dari penduduk setempat dilihat baik. Tawaran yang diberi adalah munasabah untuk diusahakan,” katanya ketika ditemui media selepas ceramah MIC di Taman Sri Bidor, pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohamad Yusri memaklumkan, pihaknya menerima respons positif dalam kalangan pengundi bukan Melayu sepanjang tempoh berkempen.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri mengharapkan agar momentum positif yang diterimanya dapat berterusan sehingga tiba ke hari pengundian 26 April nanti.

“Saya lihat kempen yang kita jalankan bertambah baiklah. Saya masuk ke kawasan masyarakat Melayu, Cina dan India, setakat ini penerimaan mereka kepada BN sangat baik.

“Sehubungan itu, saya berharap momentum ini akan berterusan dan akan menghasilkan sesuatu yang terbaik iaitu memberi kemenangan kepada BN pada hari pengundian,” katanya.

Pada Ahad, Ustaz Yusri mengemukakan tujuh tawaran dalam manifesto untuk penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang merangkumi ekonomi tempatan yang makmur, meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat, pembangunan infrastruktur setempat serta agenda anak muda dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, beliau turut memfokuskan terhadap warga emas, wanita dan Orang Asli, pendidikan berkualiti untuk anak jati Ayer Kuning dan perkhidmatan yang berjiwa rakyat.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil