Manifesto BN memikat, rakyat Ayer Kuning terkenang cara Ishsam

RATA-RATA penduduk di Ayer Kuning memuji manifesto calon Kerajaan Perpaduan daripada Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir yang menyentuh aspirasi segenap lapisan masyarakat.

Bagaimanapun, para pengundi di Ayer Kuning masih terkenangkan keramahan, kerajinan dan keprihatinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Nurul Hidayah Ismail, 47, berkata, manifesto yang calon BN yang bertemakan ‘Ayer Kuning Sejahtera Bersama’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning ini amat bertepatan untuk rakyat di kawasan itu terutamanya masih tidak melupakan nasib golongan peniaga.

“Saya tertarik mengenai tawaran Ustaz Yusri yang mahu ekonomi tempatan yang makmur, maknanya untuk menjadi ekonomi rakyat di sini lebih baik.

“Sebagai peniaga warung makanan kecil, kita mahu keprihatinan wakil rakyat yang dipilih, macam arwah Ishsam dulu dia selalu detang bertanya khabar, tanya apa masalah dan tolong selesaikannya,” katanya yang meneruskan perniagaan keluarga berniaga warung makanan di pekan Ayer Kuning.

Bagi Ramakrishnan, 60, berharap calon BN akan menunaikan janji manifesto jika beliau menang PRK Ayer Kuning pada 26 April ini.

“Saya dah baca manifesto Ustaz Yusri memang bagus, perpaduan dan muhibbah rakyat berbilang kaum mesti dikekalkan, kita di sini mahu hidup aman damai.

“Ada untuk orang muda, ada untuk orang tua, nak majukan infrastruktur kawasan ini terutamanya kemudahan internet, kebersihan kawasan, ini semua sangat baik.

“Saya mahu beliau jadi macam wakil rakyat dulu, Ishsam itu seorang yang bekerja, senang dihubungi, tak kira hari minggu pun beliau akan jawab telefon kita. Itu yang rakyat mahu.

“Saya rasa ralat sangat, saya baru mengadu parit kotor yang semak-samun belakang rumah saya, Ishsam janji akan tolong selesaikan masalah itu, tapi saya sangat terkejut tiga hari lepas tu saya dapat berita dia meninggal dunia,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Manakala Sanusi Mat Saod, 65, berkata, manifesto Ustaz Yusri juga membela nasib warga emas di kawasan Ayer Kuning.

“Saya masih terkenangkan dan rindu pada kebaikan arwah Ishsam, pantang dengar ada orang tua sakit, beliau pasti datang beri bantuan, aturkan rawatan selanjutnya dengan pihak hospital.

“Saya harap Ustaz Yusri juga akan menjadi seperti arwah, dalam manifesto beliau pun dah janji akan terus menjaga kebajikan orang tua di Ayer Kuning, ada yang uzur dan ada yang sebatang kara.

“Kita nak beliau selalu turun tanya khabar pun cukuplah, janganlah jumpa rakyat masa kempen pilihan raya sahaja,” katanya.

Semalam, Ustaz Yusri melancarkan manifesto untuk PRK Ayer Kuning yang berteraskan tujuh elemen untuk rakyat di DUN tersebut.

Menurutnya, manifesto ini bukan sekadar tawaran politik, tetapi ikrar, tanggungjawab, dan komitmen beliau untuk turun padang, memberikan sebaik-baik perkhidmatan, mendengar suara rakyat, dan bekerja sedaya upaya demi memastikan setiap perkara yang dinyatakan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala