Jentera BN, PH berada di tahap lebih baik

TAPAH – Kerjasama jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) semakin utuh dan berada di landasan yang lebih baik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jentera parti komponen Kerajaan MADANI dilihat komited turun padang menyantuni pengundi di sini bagi memastikan Ayer Kuning mampu dipertahankan BN.

“Di peringkat Barisan Nasional (BN), sudah tentu ‘on track’ (di landasan), apatah lagi ada kerjasama kempen antara jentera BN dan PH yang bertambah baik.

“Ini (kerjasama jentera) terutama apabila kita meneruskan naratif di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang menjadi titik permulaan positif serta bertambah baik apabila berlaku PRK DUN Mahkota.

“Saya boleh lihat sendiri di DUN Mahkota, jentera DAP khususnya bersungguh-sungguh berkempen dan perkara sama juga berlaku di Ayer Kuning,” katanya ketika ditemui pada program ‘Jom Belajar’ pelajar sekolah DUN Ayer Kuning-Tabung Pendidikan Melayu di Pusat Daerah Mengundi Tanjung Keramat pada Isnin.

Mengulas lanjut,  Mohd Puad berkata, pihaknya akan melaksanakan simulasi bagi menilai prestasi kempen bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Changkat Petai dan Tanjung Keramat, esok.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit memaklumkan kedua-dua PDM angkat beliau serta kerajaan Johor itu tergolong dalam kawasan hitam, selain menjadi fokus jentera untuk memastikan pengundi kembali menyokong BN.

“Keadaan sama juga berlaku di DUN Nenggiri. Kita menang di banyak PDM kawasan hitam, sebab ini saya kata kita perlu fokus kepada kumpulan sasar yang menjadi tumpuan jentera BN.

“Saya yakin BN boleh menang di dua PDM ini (Changkat Petai dan Tanjung Keramat), bahkan kita mendapat kerjasama erat daripada jentera tempatan,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Mohd Puad menegaskan, UMNO sudah lali dengan ‘drama lompat parti’ setiap kali pilihan raya diadakan dengan penghijrahan terbaru melibatkan bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Tegasnya, tindakan itu tidak akan membawa perubahan besar terhadap perjalanan kempen calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir bagi memenangi kawasan ditandingi selain tindakan berkenaan langsung tidak dibincangkan antara jentera parti.

“Tan Sri Annuar Musa yang pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan misalnya, apabila beliau menyertai Pas pun tidak membawa apa-apa perubahan.

“Bahkan DUN Nenggiri yang terletak di negeri dikuasai Pas pun boleh ditawan BN. Ketika itu, Annuar adalah Pengarah Pilihan Raya. Saya tak mahu memperkecilkan Wan Norashikin, tetapi saya yakin (tindakan) dia tak membawa kesan. UMNO sudah lali dengan orang yang melompat,” katanya.

Kejutan yang diuar-uarkan oleh parti Perikatan Nasional (PN) pada ceramah mega ketika kempen PRK Ayer Kuning terjawab apabila Wan Norashikin, isteri kedua kepada Setiausaha Pas Kawasan Tapah menyertai parti tersebut.

Beliau yang merupakan mantan Exco negeri Perak serta Wanita UMNO Malaysia itu, menyerahkan borang keahlian parti itu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Mega di Kampung Tanjung Keramat, Tapah.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok